Ketika Harus Melepaskan Cinta
Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah
dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan.
ALLAH Maha Adil..
Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita
tentang segala yg kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian
lama kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga
engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang
terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang
yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari
bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Sebenarnya kita berat melepaskan kerana:
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita
sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu
kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak
dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak
saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal
dari suatu kehidupan baru..
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak
tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang
kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah
mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah
tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata
“tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita
telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan,
ada saat melepaskan…!
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami
telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan
punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu
urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya
kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak
tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur
akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
Komentar
Posting Komentar